Selasa, 29 Mei 2012

..::Lalang...:::


ada lalang mahu permainkan si tikus,
biarpun bahang rancak memanas,
biarpun  isi mau tercirit,
biarpun  kulit akan ternodai,
biarpun jiwa bakal meremuk!
lalang tetap menari
mengajak utk bersandiwara,
nyatanya, bukan si tikus liar berlari
pantas menyelinap
terhempap celahan kata,
ianya lalang yg mudah patah meliuk
mengikut angin menabur miang
melurut dusta!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan