Sabtu, 31 Mac 2012

..:CuKUp-CuKUP!...::




Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216)








kata Amatur : cinta???tidak....!!

Isnin, 12 Mac 2012

...::Sedih Mengunjung!..::

Sedih tambah perasa malu
alangkah ruginya hidup kalau tak pandai berkomunikasi.
Jujurnya aky tak berapa pandai bercakap,
apatah lagi, nak membodek?
rasa malu ni lagi menebal,
kalau nak bercakap dengan orang kebanyakkan lagilah!
hancurlah badan kalau nak kena berdepan dengan situasi macam nih.
keyakinan diri pun laju-laju melarikan diri...
jenuh aku nak membina keyakinan diri untuk berani bercakap
beramah mesra, perasaan malu mesti menjengah menebal
otak mseti fikir bukan-bukan.
takut juga aku, kalau-kalau dilemparkan dengan kata-kata tak sewenangnya!
Ya Allah, macamanalah aku nak menghilangkan rasa malu, nak mempunyai keyakinan yang tinggi..
dan pandai berkomunikasi dengan sesiapa pun.
biarlah selepas ini, aku tidaklah dilabel sombong ke apa ke...



*KATA AMATUR: lebih suka mendiamkan diri bila berada dalam kelompok ramai sebab tidak tahu berkomunikasi...;( *