KECELARUAN
GENDER DALAM KALANGAN REMAJA
Fakta
Nombor : kajian mengenai homoseksual
230 Responden
kecelaruan gender
80% siswa
terbabit dalam hubungan sejenis.
Kecelaruan
gender dapat disimpulkan sebagai suatu kekaburan atau ketidak pastian tentang
ciri-ciri atau identiti yang perlu ada pada diri. Kecelaruan gender yang
berlaku dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak. Remaja seakan
melupai tanggungjawab asal mereka sebagai anak dan tonggak negara dalam
membangunkan negara pada masa hadapan. Mereka juga lupa membangunkan diri
mereka sebagai manusia yang berguna dan berupaya menjadi generasi yang liberal.
Selain itu, kecelaruan diertikan perbuatan atau amalan yang tidak selari dengan
norma-norma positif dalam kehidupan. Dalam konteks ini, remaja ini dikatakan
sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola dan diva yang bukan fitrah
sifatnya. Remaja kita juga begitu mengagumi proses pembaratan secara melulu dan
hilang pertimbangan kenegaraan sehingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi
dapat diharap sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan negara. Remaja
yang terjebak dalam kancah ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara
kita. Sehubungan itu, kita sebagai satu masyarakat yang berteduh bawah bumbung
yang sama harus memainkan peranan bagi menyelesaikan fenomena ini daripada
terus membiak dalam kalangan remaja kita. Cari faktornya dan bendunglah dengan
sebaik mungkin, mencegah lebih baik daripada merawat.
Kecelaruan gender atau dikenali
disforia gender didefinisikan sebagai keadaan dimana penghayatan individu itu
bercelaru antara perasaan gender sesama sendiri dengan anggota jantina
kelaminnya. Tetapi, kecelaruan gender yang paling ketara sekali ialah transeksualisme
dimana individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu berasa dia adalah
golongan sebaliknya. Mengikut kajian Prof Louis Gooven, kemungkinan fenomena
transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki
manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan. Sementara itu,
manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses
pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan
kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul
dengan individu daripada jantina sebaliknya. Secara tersembunyi, dia akan
memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan
jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya
akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati
pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.
Dia juga akan berasa perubahan
dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan. Kepada yang
dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat. Namun, bagi
yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang
difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat
rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan. Golongan ini
sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina
keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada
mereka. Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan
teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri
sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh
diri akibat kekecewaan.
Bukan itu sahaja, fenomena kecelaruan gender mungkin disebabkan dengan
pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk
kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan
XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’. Selain itu, ia
membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan
kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran. Proses pengenalan jantina
individu adalah di otak atau minda. Justeru, penetapan jantina seseorang itu
hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu
jantina mulai terbentuk dan berfungsi. Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’
dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini
lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.Nukleus’thestria
Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.
Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan
dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui
penyaringan dengan MRI. Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau
fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh
individu itu.
Kecelaruan gender boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis. Tomboy adalah gender neutral bererti wanita
perwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat
feminim manakala pengkid pula sedaya upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya
berbengkung di dada kerana dia bencikan bahagian badan yang menyerupai wanita,
memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid lebih tertarik untuk
berhubungan seksual dengan wanita. Sementara lesbian pula tidak kelihatan
seperti lelaki malah masih lagi feminim dan bernafsu terhadap sesama wanita.
Mereka menerima diri mereka sebagai wanita tidak seperti pengkid , mereka masih
menyukai bentuk badan wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang
pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif. Gay pula merujuk kepada lelaki
menyukai lelaki. Adakalanya pasangan gay ini berketrampilan seperti lelaki
kebiasaannya, tidak mengubah penampilan mereka menjadi seperti pondan.
Tomboy, pengkid, gay, lesbian
atau sama erti dengannya membawa maksud yang berbeza kepada masyarakat biarpun
mereka cenderung kepada gejala yang sama, homoseksual. Malah kelompok ini
adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada
norma biologi, moral dan sosial. Berdasarkan penelitian yang dibuat, rata-rata
yang terjebak dalam kancah hitam ini bermula seawal usia remaja. Mereka
kebiasaannya terdiri daripada golongan yang telah hilang jati diri dan
terpengaruh dengan cara hidup yang berlandaskan kebendaan semata-mata
sehinggakan mereka tanpa segan silu memperdagangkan masa depan mereka.
Kecelaruan gender ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor
keluarga, persekitaran dan dorongan individu. Pengalaman atau trauma di alam
kanak-kanak contohnya dikasari oleh ibubapa sehingga si anak beranggapan semua
lelaki atau perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan
si anak berasa benci pada golongan itu.
Selain itu, predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang
renggang dengan ibu bapa. Faktor persekitaran mungkin bersangkutan dengan
pergaulan dan keadaan sekelilingi. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya,
bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya, hubungan yang terlalu
rapat dengan ibunya sementara renggang dengan bapa boleh menyebabkan remaja
tersalah jalan. Kecelaruan gender juga disebabkan oleh dorongan individu itu
sendiri, dimana kurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan
bagi golongan gay dan begitu sebaliknya dengan golongan lesbian. Selain itu,
tarikan individu terhadap homoseksual disebabkan ketakutan pada kaum yang
bertentangan jenis menyebabkan tindak balas erotik yang pasif. Namun begitu,
mengikut pendapat sesetengah pihak, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir
tetapi terbina melalui pengalaman yang kompleks dalam keadaan hidup dan juga
terpengaruh dengan keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa. Temuramah
saya dengan beberapa orang pelajar institusi pengajian tinggi mendapati fahaman
yang tipis berkenaan akidah serta kurang faham akan agama yang dianuti
menyebabkan mereka dengan mudah melibatkan diri dengan aktiviti seksual
dengan golongan sejenis.
Bagi pelajar-pelajar lelaki institusi pengajian tinggi ini, pendedahan yang keterlaluan dengan bahan-bahan phonografi sama ada dari video, cd, majalah serta internet mendorong mereka untuk melakukan perkara yang sama. Pada mereka melakukan hubungan jenis sesama mereka tidak perlu melibatkan tanggungjawab yang berat berbeza sekiranya mereka menjalinkan hubungan dengan kaum wanita. Sikap berdiam diri masyarakat kita semasa timbulnya fenomena ini sebenarnya menyumbang kepada fenomena ini . Remaja yang dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang terdiri daripada adik-beradik lelaki juga menyumbang kepada pengaruh sikap kasar didalam diri seorang wanita itu. Hal yang demikian juga bagi seseorang lelaki yang dibesarkan didalam suasana yang sebaliknya. Asuhan yang diberikan kepada ibu bapa dan keluarga yang salah memberi kesan yang mendalam keatas individu. Kadang kala terdapat juga sebahagian ibu bapa menginginkan anak perempuan atau lelaki dan dalam keadaan separuh sedar anak dilayan seperti anak perempuan begitu juga sebaliknya. Justeru ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul. Akan tetapi terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa, biasanya berlaku apabila apabila anak-anak tidak lagi tinggal dibawah jagaan keluarga seperti berkerja atau melanjutkan pelajaran. Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, maka mereka tidak segan silu menukar identiti. Inilah bahana pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Hasutan dan ajakan rakan-rakanyang sememangnya telah terjebak dengan isu ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan kepada individu terebut. Penolakan dan penerimaan masyarakat juga tidak ketinggalan pentingnya didalam perkembangan isu lelaki lembut dan wanita keras. Kita sebagai masyarakat seharusnya dan wajib memainkan peranan dan membendung fenomena yang kian menyimpang dari landasan fitrah semulajadi kehidupan manusia. Kita tidak semestinya menyisihkan mereka daripada masyarakat, namun tidak bererti kita mengiktiraf mereka. Golongan ini seharusnya diberi kaunseling dan bimbingan serta nasihat untuk kembali ke pangkal jalan. Seaidainya kita membiarkan mereka dan menyisihkan terus mereka sudah tentu mereka terus hanyut dan semakin bercambahnya kuantiti mereka.

Bagi menangani permasalahan ini,
Ibu-bapa, pihak berwajib, guru, media elektronok, media massa dan juga jawatankuasa
masyarakat kesemuanya harus diberi kesedaran tentang bahayanya gejala sosial
ini serta perlunya pendidikan seks di sekolah difahami secara betul menurut
norma-norma masyarakat dan juga agama serta diaplikasi secara menyeluruh. Dalam
konteks ini, saya berpendapat isu pendidikan seks di sekolah tidak perlu
dipolitikkan tetapi difahami dan diketengahkan secara telus dan jujur oleh
pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan maklumat disalurkan secara teratur
dan tepat. Kecelaruan yang sebegini serta fahaman yang terpesong berkenaan
fungsi sebagai lelaki serta emosi yang bertentangan menjadikan isu pendidikan
seks di sekolah harus dikaji serta disantuni dengan berhemah. Usaha dalam
membendung masalah ini memerlukan tiga penggerak utama iaitu, pendidik, ibu
bapa dan diri sendiri disamping itu bantuan serta sokongan daripada pihak
berwajib dan masyarakat sekitar. Sepatutnya sejak pra sekolah lagi remaja harus
diterapkan dengan nilai-nilai murni dan harmoni dari segi rohani dan jasmani
secara tidak langsung akan mempamerkan corak tingkah laku sosial yang lebih
berkualiti . kesimpulannya, masalah berkaitan kecelaruan gender ini harus
diperhalusi dan dipantau dengan sebaiknya oleh semua pihak bagi menampakkan
impak positif supaya negara kita menjadi maju yang gemilang, cemerlang dan
terbilang.