Rabu, 7 Disember 2011

..::AsTAna Itu MeMOri TIada TERkonGSI..::

Sedih menyusung hiba,
gembira kian menyusut nilainya,
hati mulai gundah
tatkala,
suatu permasalah tenggelam timbul
melonjak mengelodak,
mengelegak mendidih panas
bertahan dan mencuba
mencari sebuah solusi
yang pasti tiada tercalar
dek luka,
tiada tergenggam erat pertelingkahan
hanya redha dan pasrah
menyulami tiap yang terjalin
penyelesaiannya.
jujurnya!!!
jika ak mengetahui apa yang bakal berlaku
d masa-masa mendatang
sedaya upaya aku membikin hipotesis dan mencari solusi
bernas dan tepat
supaya barah tidak menjadi parah,
bengkak tidak bernanah!
aduhaiiii...
sulit melakarkan lukisan hati ini!
dan, betapa mendalamnya
perasaan tulus ini terhadap kamu
dan terhadap "astana" kita!
dan juga...cip2 memori antara kita
kian terkubur sesekali ditiup angin malam
lalu seakan memancarkan kembali
tiap gelak, hiba, guraun dan segala macam.

                                                        Lagu Kita....Lagu Kami.....

*kata Amatur : rumah itu adalah rumah kita! saya tak mahu ia dihuni oleh orang lain dan membiarkan kenangan kita bertaburan begitu saya. saya tak sanggup menghadap tiap bayang memori kita berlegar dan pada waktu sama ia telah berganti penghuninya...*

Ahad, 4 Disember 2011

...::: Ia tidak LAgi mENGhaNTuikU!..:::

Alhamdullilah...
bersyukur sangat-sangat.
dan berharap keadaan ini
tetap kekal seperti sekarang
dan, seperti sediakalanya.
Ia tidak lagi menghantuiku!
mengganggu hidupku sampai
trauma...fobia...
dan segala macam..
hehe...
apakah itu??
cuba teka???
hahaha...
jerawatlah!!!
sejak aku mencuba satu produk ini,
muka ak kira "ok" lah sikit...
dan aku mampu tersenyum ke telinga!
kalau sebelum ni, rasa macm-macamlah
kalau setiap kali menatap cermin!
sekarang, Alhamdulillah...^^v
terima kasih ya Garnier Pure Active, tak lupa juga
trima kasih padaNYA kerana memberkatiku...amin4x....^^v :::....

ini dia...cuci-cuci mukaku
*Kata Amatur : Bermacam ubat dah makan...ubat biji, kapsul, air, masih tetap sama! harap produk ini memberikan kesan yg terbaik!!!! wink3x....:::

Khamis, 1 Disember 2011

...::: Virus Peperiksaan Akhir Tahun :::...

Setelah hampir lima bulan
Bertapak berteduh berbumbungkan
Kefokusan, Kegigihan, kecekalan,
Akhirnya masa
Yang dinanti-nantikan telah tiba.
Peperiksaan akhir tahun!
Fuh! Mengancam nyawa sesiapa pun.
Bermula 29/11/2011
Kertas untuk subjek seminar kritikan
Telah menyua.
Seterusnya,
30/11/2011...
Kertas untuk subjek penulisan lakon layar adaptasi pula.
Alhamdullilah, kedua subjek ini
Dapat aku jawab dengan yakin
Dan bersemangatnya.
Harapan??? Tidaklah terlalu tinggi,
Cukuplah sekadar lulus tak pun A ke...
Huhuhu...^^v
Dua kertas dah berlalu,
Menunggu pula kertas terakhir iaitu untuk subjek
Kaedah penyelidikan!
Ini memang membawa maut!
Nasib baik untuk subjek ini lambt lagi,
Jadi ada masalah untuk usaha berlebih-lebihan
Menghafal, mengkaji dan segala macmlah lagi usaha
Yang perlu aku lakukan
Agar masa menjawab nanti
Aku menjawab dengan tenangnya.!
Selepas tamat peperiksaan ini,
Aku kena fokus pada projek PETA aku pula!
Ayooo...jangan harap nak bercuti dan bersenang-lenang
Ok, wahai zaty!
*Kata Amatur : Harapan menggunung, usaha melangit! Berdoa agar pointer makin menaik dan menaik! Amin3x...*