Ahad, 23 Oktober 2011

<<< Tentang Aku dan Tulisanku >>>

Aku nak bersajak, JANGAN!
Bahasa melayuku belum2 baku...
Sebutan dan intonasi ke laut, mungkin?
Aku nak menulis puisi,tulislah!
Tulis banyak2 dan peramkan puisi tu..
Boleh dikatakan dalam sehari
Pasti tercipta bait2 kata yg barangkali indah dan puitis
Di mataku,
Jika diamati oleh orang perorangan yang pro dalam bidang penulisan
Mereka akan menganggap...”alah, biasa saja puisi awk ni..”
Tapi,
Bagi aku akan tetap berbangga dengan setiap tulisanku..
Aku tetap menulis dan menulis, kreatif??? Mungkin... biarpun major aku lebih kepada penulisan layar
Penulisan kreatif seperti cerpen, puisi dan lain2 aku tetap mencuba utk menulisnya.
Andai dikritik?ditemplek?
Persetan!
Mana aku nak kisah, akukan budak baru belajar, budak mentah yg baru nak masak dalam bidang ini.
Siapa peduli...dan jika mereka peduli?
Tiada salah mereka menghulurkan dan memberi ilmu yg terperap dalam dadanya itu
Tuk dikongsi bersama2x.
Dan,
Jangan sesekali menghukum budak baru belajar!
Mengkritik tak salah tapi biar berpada dan kena caranya.
Kesimpulannya, aku senang, suka dan bangga menuntut ilmu penulisan di ASWARA.
Rasa bertuah!
Tngklah tenaga2 pengajarnya, Dr Anwar Ridhwan, Encik Zakaria Arifin , Encik Ridhuan Harun, Encik Azman, Encik Hji Abdul Rahim, Pn Susilawati, Cik Wardah Munirah, Encik Siso, En Kamn Ismail, En Al Jafree, En Jefri Talib dll. Nama2 yang besar tu dan ilmu yang mereka curahkan tu amat2 bernilai bagi aku malah sedikit sebanyk membantu aku tuk maju dalam bdg ni.
Terima Kasih tak terhingga pada mereka!

*Kata Amatur : waktu muda hanyalah SEKALI SAHAJA! Waktu inilah aku kena kaut semua ilmu dan timba pengalaman! Main2??barangkali tidak! *

manalah tahu, suatu hari nanti aku menjadi seperti tokoh sastera di sebelah aku...ececececeh! Berangan lebihlah pulak! ^^v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan