Selasa, 18 Oktober 2011

Malam Puisi Aswara....:::

 Bersempena  Bulan bahasa Kebangsaan 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan bagi  menyempurnakan program Malam Puisi Warisan dengan jayanya dan gemilang. Program ini merupakan sebahagian  daripada Program Bulan Bahasa Kebangsaan dan disertai oleh penulis-penulis tempatan dan para pelajar ASWARA malah terbuka juga kepada umum yang berkeinginan untuk  terlibat sama. Pada hari rabu bersamaan 12 Oktober 2011, jam 8.30 hingga 10.30 malam bertempat di Dataran Dewan Orkestra, ASWARA, program yang dirancang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 berjalan seperti yang dirancang. Program Malam Puisi Warisan ini merupakan satu usaha untuk megenengahkan tradisi dan dinamisme baca puisi kepada khalayak, termasuk juga kepada pelajar ASWARA sendiri.  antara objektif program ini adalah untuk memasyarakatkan puisi kepada khalayak umum, mengangkat martabat puisi Melayu tradisional dan moden sebagai warisan bangsa yang tidak ternilai, menengahkan penyair-penyair muda, termasuk kalangan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan ASWARA ke gelanggang deklamasi puisi selain itu bagi mempromosi ASWARA sebagai sebuah pusat pengajian seni persembahan terulung di tanah air. Aturcara program bermula lewat sikit sementara menunggu ketibaan tetamu-tetamu jemputan, sekitar ruang legar Dewan Orkestra ASWARA penuh dengan kehadiran pengunjung waima daripada ASWARA sendiri malah daripada luar yang sedia maklum akan program ini. Pembukaan program ini dimulakan dengan persembahan buka panggung oleh Kumpulan Asika iaitu merupakan sebuah kumpulan siswazah ASWARA dibawah pimpinan Encik Mohd Kamrul Bahri. Seusai persembahan itu, SN Dato Dr Anwar Ridhwan menyampaikan ucapan pembukaan dan meluahkan rasa bangga atas keberjayaan majlis ini dan sambutan yang diterima. Program ini berseri dengan telatah dua pengacara majlis iaitu Syahidatul Munirah Badrul Munir  dan Mohd Dalinee Jupar Ali yang mana merupakan pelajar ASWARA. Program ini terus berlangsung dengan bacaan puisi, sebagai tuan rumah, pelajar Aswara iaitu Nurul Hidayah Suleiman merupakan penyair pertama yang beraksi di gelanggang puisi selepas itu diikuti oleh siswazah ASWARA dan beberapa tetamu jemputan antaranya Dr A. Halim Ali, A Ghaffar Ibrahim, SN Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA), Shamsuddin Othman dan Ahmad Sarju. Program malam itu bukan sahaja diserikan dengan bacaan puisi, nyanyian lagu rakyat juga didendangkan oleh penyanyi lagu rakyat yang tidak asing dalam kalangan kita iaitu Roslan Madun. Berbaloi apabila telinga dihiburkan dengan dua buah lagu rakyat ciptaan Roslan Madun sendiri hingga mendapat sambutan daripada pengunjung. Seterusnya program ini diteruskan dengan persembahan lagu puisi oleh Uzair Zain merupakan siswazah Aswara dan tetamu jemputan iaitu Syed Indera Syed Omar (SISO). Program ini juga disertai oleh dua orang artsi tempatan iaitu Zulia Zieglar dan Jalil Hamid yang mana masing-masing mendeklamasikan puisi mereka dengan penuh semangat dan bersahaja. Pengakhir majlis ini, ditutupi dengan persembahan Kumpulan Asika malah pengunjung termasuk pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan penyair-penyair dan penulis-penulis yang berada di program itu. Sejujurnya, program ini mendapat sambutan dan tidak salah jika program seperti  ini kerap kali diadakan bagi melahirkan penyair-penyair baru dan menerapkan rasa suka akan puisi tradisonal kepada khalayak tanpa mengira peringkat umur. Melihat pada sambutan malam itu, sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka  dengan ASWARA bagi mengadakan sebuah program yang memberikan manfaat berkualiti untuk umum.

Foto-foto sepanjang berlangsungnya majlis :
Dekan Fakulti Penulisan Kreatif, sasterawan yg ke 10...^^V
Encik Siso, tetamu jemputan....(Guru ak..yg sporting dan disegani oleh pelajr2nya)

sebahagian penonton2 yag hadir malam tu, aikkk......mcm kenal je 2 gadis ni...huhu 

dan....ini aku. gambr atas aku bergambar dengan Dato Kemala...sasterawan negara ke 11...bangga ar...huhuhu...gmbr bawah tu...sape tak kenal, pelkon dan pelawak. seronok jumpa dengan Jalil Ahmad sbb dia tak sombong. masuk ni dah dua kali jumpa dan siap bergurau2 agi...



Kata Amatur : suka kalau majlis seperti ini kerap kali diadakan....;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan