Ahad, 27 November 2011

...::BukAN naK MeneGUR, Tpi Itu kURanG Sopan!...:

Kadang-kadang
Aku rasa mual nak senyum,
Atau berbual dengan orang-orang yg tidk
Dikenali secra umumnya,
Atau rapatnya.
Bukan mahu berlagak,
Bukan mahu menyombong
Ataupun mahu berbangga taraf!
Cuma,
Aku merasa rendah diri.
Siapakah aku utk terlebih...
Berlebih-lebihan dalam berkomunikasi.
Walhal bahasa melayuku pun belum baku,
Lebih baik aku mendiamkan diri.
Dan,
Utk tersenyum mesra,
Aku rasa tidak berbaloi.
Mahal kot senyumanku!
Mungkin dipandang murah oleh segelintir manusia
Tidak mengenal erti HORMAT mahupun MENGHORMATI.
Tidak kiralah, perseorangan itu lebih tua, lebih muda, ataupun sebaya...
Konsep HORMAT dan MENGHORMAT..
Itu, perlu diamalkan.
Agar timbulnya rasa saling menghargai antara satu sama lain.!
Jangan pula bila kita tersenyum, ada yang membuat muka selepas kita beredar.
Sopankah tindakan anda itu?
Jelas-jelas menunjukkan ketidakmatangan diri anda!
Padahal anda lebih tua dripada aku.
Jujurnya, rasa hormat pada kalian berdua  terus terhakis!
Rasanya, tiada manfaat jika kita bertemu kembali
Aku mematrikan senyumanku utk kamu!
Kalau kalian tdk ikhlas utk tersenym, usah melirikkannya.
Masamkan muka anda seperti aku,
Setiap masa, mukaku dijeruk.
Kan, senang cerita.

Senyum Macam Nih, Pun OK baii~~~


*kata amatur : aku tk sewenangnya tersenyum,tetapi jika org  membri, ak akan membalaskannya. Kan, baru adil...* 

Sabtu, 26 November 2011

..:::BicaRA TenTAng sAHAbat,TemaN, RAkan, Saing,kaWAn dan TentANG kaMI..:::

Anis dalam kenangan! Biarpun tidak lagi sebumbung,  dia adalah teman pertamaku di Aswara dan sampai kini....
Assalamualaikum  ♥ ♥ ♥
Pembuka bicara,
kali ini biarlah aku bercerita 
tentang
seorang!
bukan! tentang beberapa orang...
yang amat rapat dengan diriku 
dan,
sudi menerima aku sebagai sahabat
mereka.
Sedangkan aku boleh dikatakan,
seorang yg amat tipikal dan mampu
membuatkan orang bengang dengan sikapku
yang kadang2 begitu menyebalkan sesiapa saja.
sepanjang dua tahun lebih,
hampir,
 merangkap masuk tiga tahun...
merekalah yang begitu rapat dengan aku,
Kami....
saling menyokong antra satu sama lain,
saling berkongsi rasa,
saling mempercayai,
saling bertukar gelak tawa,
tangis hiba,
saling berkongsi makanan, bantal, selimut
dan masalah yg menghimpit jiwa.
tinggal sebumbung,
bermacam ragam dan perangai yang berlainan,
tetapi kita saling memahami dan saling memerlukan.
seorang berduka, berdukalah semuanya.
seorang bergelak tawa, semua turt tertawa.
begitulah kami...
kadang2 terbayangkan,
bagaimana kami 10 tahun akan datang,
20 tahun akan datang dan seterus2nya...
bila bersuami, bila ada anak, bila menimang cucu dan bila bertongkat.
mampukan kami berkongsi rasa???
masihkan lagi kami mampu bergelak hiba?
itu semua, hanya DIA yg maha mengetahui...
apa yg aku tahu,
dan tak mampu aku nafikan,
aku terlalu menyayangi mereka semua!!!
tak sanggp utk menghadapi perpisahan dengan mereka.
kalau boleh, biarlah perjalann persahabatn kami tetap
menyusur ke akar yg makin mereput.
biarpun, aku selalu bikin maslah,
kerap merajuk, menarik muka
mereka tetap bersabar dan terus bersabar
dengan aku.
terima kasih teman, sahabat, rakan, saing, kawan....
persahabatn dengan kalian begitu bernilai bagiku!
harapanku, agar kita tetap kekal bersama...
senyum mampu terukir, gelak terlontar tika sunyi menerpa antara kita...
aku akn sentiasa merindu setiap memori kita bersama!!!
KENANGAN MANIS MASAM BERSAMA  KALIAN TERLIPAT INDAH DALAM SANUBARIKU
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




*kata amatur: sedih bila mengenangkan pengajianku di Aswara makin tamat....;( *

Khamis, 24 November 2011

....:::Beban yg TeruNGkaI...::

Selesai sudah satu peperiksaan,
pratikal pula tu.
untuk kelas mak yung...
adooiii...
penat tapi "enjoy".
menari,menyanyi dan berlakon.
hihihi
sempoi kan "exam",
tapi susah kot nak ingat setiap "step" tarian tu,
dialog untuk lakonan walaupun versi Kelantan,
ak tetap tergagap-gagap sikit.
gementar katakan.
huhuhuhu...
bila menyanyi pula,
"pitching" memang lari....
tak sempat-sempat nak kejar.
hahaha!
tak sabar nak tunggu semester depan.
nak buat pementasan Mak Yung secara besar-besaran.
huhu,
tapi,
kalau boleh ak nak jadi PM..huhuhu
mampu???ada gaya???
hahaha...





*Kata Amatur : Dua hari belajar tarian Mak Yung dengan kawan-kawan secara fokus kaw2 punya, step mak yung dapat diingat dgn sebaik tak mungkin...huhuhu...*



Selasa, 22 November 2011

...::::LaGi-LaGi bOlA..:::

Bagaikan sebuah keramaian
Majlis makan-makan percuma
Aku lihat sepanjang deretan kedai
Di medan selera...
Bermcam ragam dan reaksi yg dipertonton  setiap
Peminta tegar bola2..
Semangat itu penting.
Marah, melonjak kegirangan, sedih
Dan bengang dengan setiap apa berlaku atas padang
Kadang-kadang membuatkan peminat  bola itu
Sudah hilang kewarasan..
Hahaha...
Nak tergelak dengan lagak mereka semua.
Malah,
Aku berbangga.
Rakyat Malaya begitu memberi semangat,
Memberi sokongan kepada pejuang2  bola
Walaupun dari jauh,
Dengan seribu harapan
Pemain-pemain kita BERJAYA membawa pulang piala kemenangan utk Malaya.
Bayangkan duduk satu kedai,
Yang sebelah menyebelah tu tak kenal
Boleh jadi kenal dan bertepuk tangan.
Begitu kuatnya penangan bola...
Bola..bola..bola...
Mampu menyatukan orang-orang kita.
Hitam,putih, cerah, kuning langsat,
Bangla, mat indon
Semua saling bersuara hirai
Lain arus tetap duduk dalam satu bumbung kedai,
Nasib baiklah kerusi, meja tak melayang.
Apa-apapun, rasionallah.
Setiap pertandingan mesti ada yag kalah dan menang.
Terimalah dengan positif.
Dan,
Tak semesti kalau kalah itu
Kita tak hebat.
Kita tetap hebat! Hebat!
Cuma perlu lagi berusaha untuk
Memperhebatkan diri kita.
Hahaha...
Tarikh 21/11/2011
Merupakan tarikh keramat
Untuk kita semua.
Kemenangan itu adalah milik kita!!!
Piala yang dikejar sudah ditambat,
Siapa menyangka, nasib berpihak kepada kita!
Tahniah dan beribu tahniah utk semua pemain-pemain bola sepak.
Teruskan usaha anda utk tetap ligat
Di medan hijau,
Mengharumkan nama negara.
Jangan lupa, cabaran masih menunggu kalian semua,
Kami sebagai saudara sebumbung kamu, tetap mendoakan
Dan menyokong demi kejayaan negara kita, Malaya.
Buktikan yang terhebat utk
Cabaran seterusnya di Syria...
Hidup Harimau Malaya!!!!!!!!!
* Kata Amatur : hati tergerak nak tulis tentang bola sebab terpegun melihat orang-orang kita bersemangat memberi sokongan ketika perlawanan berlangsung. padahal ak tak berapa minat bola...:) *


Isnin, 21 November 2011

..::ceRITera Suami, TunaNG, & Sugar dADy::

debar rasa hatiku
seperti si gadis menanti 
di ijadkabulkan,
sebelum ini,
aku merasa
getir dan petirrr!!!
memandangkan minggu peperiksaan
makin hampir.
Suam-suam terasa maut menanti
membuatkan ak menjauh
Dan,
aku telah berteman sepi
bermadu mesra dengan "kekasih gelapku"
nasib baik, "suamiku" kiranya sudi menyokong
Dan,
memberi semangat untuk aku.
pagi hingga ke malam
tekun dan gigih melunasi 
segala yang tertunggak.
Malam ini, 
rasa sedih pula nak berpisah dengan "kekasih-kekasih gelapku"
daripada yang berlambak-lambak,
makin berkurangan...
sekarang hanya tinggal dua,
dua yang setia menanti dan sedia untuk pergi dari hidup juga.
apa boleh buat, semuanya jodoh tak kesampaian.
selepas ini, bila dah tiada semua "kekasih-kekasih gelapku" ni,
terpaksalah aku bertunang dengan "sugar dadyku".
ceit!!gilalah aku, ada "sugar dady" kot.kau mampu?
tapi sebelum tu, aku kenalah merisik dirisik dulu.
haha, dah dirisik kot. 
untuk "suamiku", walau banyak mana skandal,
aku tetap akan setia dengan kau asalkan kau tak sakit dan mampu memberikan nafkah batin dan zahir.
haha..maksdku, mampu bekerja dngn akulah, mampu berfungsi dan mampu memberi aku utk menaip ni..
jangan fikir bukan-bukan pula.
hurmm...tak sabar nak kahwin pula. *~*
hehe..mampu?
iyalah, bila dan bertunang mestilah kahwin,kan?kan?
aku nak kahwin dengan "sugar dady" akulah.
dah dirisik dan bertunang apa lagi kahwinnnn...!!!
selesai kahwin tu, kenalah tunggu berbulan-bulan.
berbuah ke tidak. jadi aku kenalah menanti dan menanti, apakah keputusannya.
hamil atau tidak???
opsss!!berjaya atau tidak?
kalai tidak,memang kali ini aku matilaaaa....bodoh sangat seyh kalau belajar masih tak pandai-pandai.
Cintaku pada laptop kesayanganku "Aliff Compaq" dan setiap karya-karyaku. Cinta pada  manusia,cukuplah kepada keluargaku. Cinta pertamaku, Allah. 


*kata amatur : Harap final exam, dapat buat yang terbaik....doakan ak yaa...^^v*

Ahad, 20 November 2011

Senja kotaraya

Suara azan tenggelam
Desing motor kedengaran
Muda mudi berjemaah dijalanan
Yang tua sujud pada Satu

Tirai siang karam berlabuh
Malam muncul dinihari berganti
Muda mudi masih disitu
Riang melambai jajaran jalan

Biarkan! Biarkan!
Merka leka  seketika itu
Tak salah
Bukankah ini malam minggu
Malam syurga muda mudi...

*Kata Amatur : ak tk pandai dan berpuitis dalam mencipta sajak,jadi apa yg tertulis ini hanyalah luahan hati dan tidak boleh diklafikasikan sebgai sajak...* :)

Sabtu, 19 November 2011

...:::Buaya Darat....:::

Jalan  berselisih  tak payah
Nak bertegur sapa,
Berpura kenal sudah seperti
Bertahun-tahun,
Dalam hati
Hitam mengcengkam.
Riang terkaku berdiri
Hiba beramai-ramai
Ironinya jalinan kehidupanmu
Sang buaya darat,
Ramah berkata
Manis berbahasa
Gaya dan caramu
Memikat hati si perawan
Jejak ke jejak
Kau hinggapi
Puas mengambang
Cari yang lain,
Tilik menilik
Bila dah jemu
Campaklah ke tepi.

mampu...?????


*Kata Amatur : Jika tgok entry terdahulu, ada mengisahkan pasal perempuan. malam ni, pasal lelaki pula. barulah sama adil...^^v *