Selasa, 1 November 2011

...:: aPA-aPA pUN tAK BolEH :::...

Sudah lama tak bermesra dengan blog aku ni,
bukan apa
tersangat sibuk.
entah!
sibukkan apa aku pun tak tahu!
huhuhu...
sibuk meroyan dan melayan jiwa yang karat!
dalam kepala, macam-macam nak tulis!
macam-macam nak karangkan!
tapi bila mengadap laptop...
terus layu seperti bunga yg tk sempat nk berkembang!
sabarlah blog!
kalau ak tk melawat kau,
merawat kau,
bermanja dengan kau!
kau jangan sedih-sedih...
tuanmu ini termat sibuk,
biasalah artis nak baru meningkat!
hahaha...
ok, sekian terima kasih ^^v


*Kata Amatur : ingin ku coretkan mengenai rasa hatiku pada seseorg..suatu hari nantilah! sebagai tanda pengabadianya dirinya dlm hidupku...trma kasih..^^v *

Ahad, 30 Oktober 2011

...:::Kita...::

Sepi bergelut riang
Hati berpangkal dungu
Jasad melukut hiba
resah terpalit erat jauh di benak fikir
senyum menguntum balik tangis tertahan
sebab kita manusia biasa,
tinggi melonjak
bawah merendah 
kuasa berpangkat kali
harta melimpah luah
kita tetap manusia biasa
perdajalkan apa kita miliki
semaikan pohon keimanan
kelak akhirat merasa manisnya nikmat itu...

*kata amatur : hidup biarlah bersederhana dan merendah diri...^^v :::

Rabu, 26 Oktober 2011

...:::Saya Pun Nak Begini..:::

Semalam selongkar punya selongkar blog kepada blogger2 serantau dunia,
dan ak terjmpa sebuah tulisan dri sebuah blog ni dan lupa pun nk copy dia punya link.
Wah! terasa syahdu sekali membacanya...
dan, rasa sebijik kena...
ummm, mungkinlaaa...
maaflah, aku copy tulisan itu utk dikongsi
memandangkn rasaku dengan rasa blogger tu hampir sama...
antara bait-bait tulisannya...


" Saya bukanlah seorang wanita yang terlalu indah yang patut untuk dibangga kan.tapi saya akan cuba untuk perindahkan diri saya dari hari demi hari supaya nanti bila saya bertemu cinta hati saya dia akan rasa sangat bertuah memiliki saya.

Saya bukan nak jadi permaisuri yang selalu di tatang bagai minyak yang penuh..nak buat ini tak mahu..nak buat itu tak mahu hanya mahu bergantung pada dayang2 nya ..maksudnya saya tak mintak supaya saya diberikan orang gaji sebagai tanda cinta hati saya kelak menyayangi saya.Tapi saya nak usaha menjadi tangan yang satu lagi untuk cinta saya kelak.Supaya saya dapat membantu apa yang termampu dan supaya saya dapat meringankan beban cinta hati saya nanti.

Meskipun kini saya belum tahu siapa yang ditakdir kan untuk saya.Tapi tak pe saya takkan bersedih lagi sebab saya selalu anggap bahawa ALLAH simpan saya untuk hanya yang terbaik.Walaupun mungkin itu hanya angan saya saja ,tapi saya manusia biasa,manusia biasa selalu mahu yang terbaik dalam hidup dia kan?begitu juga dengan saya

Memang saya akui,bila saya lihat mereka semua ade teman untuk mengadu,teman untuk meluah cinta ,memang saya cemburu.Tapi dalam cemburu saya ,saya akan tersenyum sendiri dan berkata dalam hati "mungkin ALLAH nak aku bercinta selepas khawin,sebab tu lah aku dijadikannya mempunyai hati yang susah untuk jatuh cinta .Kalau hari ini aku jatuh cinta dengan kamu,maka aku akan cinta dalam masa yang lama.Tapi untuk aku jatuh cinta terlalu susah.Hati aku terlalu kalis cinta.

Saya bila bercinta selalu suka menangis,selalu rasa macam takut pasangan saya akan tinggalkan saya,sampaikan kadang2 perasaan saya ni buat si dia sakit hati.Mungkin ALLAH tak mahu saya menangis buat masa sekarang tentang cinta ,sebab nya ALLAH nak saya bercinta selepas khawin supaya saya tak selalu memangis bila orang yang saya cinta tu selalu ada depan mata.Nanti tak lah saya selalu menangis tanya kat diri sendiri kenapa dia tak call aku hari ni?   kenapa dia dah jarang call aku?kenapa dia tak jawab call aku?keapa sekarang dia jarang msg aku?kemudian menangis tanpa faham kalau2 orang tu tengah busy.Bila khawin kita hari2 akan tengok dia..so tak payah la saya selalu tunggu call si dia...tunggu msg si dia kan?sakit tawu menunggu...

Tapi saya tak pernah mengharapkan seorang yang terlalu sempurna.yang hensem,kaya raya boleh bagi saya 10 orang gaji 2 buah kereta mewah,sebuah rumah ade kolam renang,hurm...saya tak mengharapkan itu..saya cuma mengaharapkan dia dapat terima saya...kalau boleh saya nak yang tak sempurna tapi dia ade iman sebagai asas.Sebab nya saya nak jadi kesempurnaan dia..dan dia jadi kesempurnaan saya..baru best kan?jadi boleh la saya kata...saya takkan sempurna tanpa kamu..dan kamu harus ingat dan sedar diri bahawa tanpa saya kamu takkan sempurna juga..jadi kamu jangan sekali2 nak cari isteri lain..kalau tak memang kamu OKU sebab tak sempurna...hehe.

Saya sedih kalau orang kata saya sombong bila tak selalu rapat dengan lelaki,selalu sombong bila ditegur..sebab nya saya bukan sengaja nak jadi hati kebal kerana cinta..tapi saya cuma menunggu siapa yang boleh melawan kekebalan hati saya ni terhadap cinta..siapa yang akan usaha untuk jirus pintu hati saya yang kebal ni sampai satu tahap dia jadi lembik..macam kertas tebal2 tu..walaupun kertas tu tebal lame2 kalau kena jirus nanti die jadi lembik lepas tu hancur..bukan saya nak suruh awak hancurkan hati saya..nanti matilah saya..nak ke awak dapat saya tapi sebagai seorang mayat?hehe.maksudnya saya cuma mengharap ada seseorang yang boleh lembut kan hati saya untuk kembali jatuh cinta..

Agaknya ALLAH tahu kalau saya bercinta sekarang,nanti orang yang saya cinta tu akan rasa susah..sebab maklumla saya kan suka menangis..nanti susahla kalau saya asyik menangis..serabut je lah minah mira ni....menangis2....bosan..cari perempuan lain lagi bagus...urm..kesian saya nanti..saya tak mintak untuk jadi selalu suka menangis..saya tak mintak untuk ditakdirkan jadi seorang yang suka menyusahkan orang lain dengan tangisan saya ni..tapi saya sendiri pun tak tahu kenapa saya suka menangis..hati saya mudah sangat tersentuh..saya mudah rasa orang tu tak sayang kan saya...and saya takut kalau orang dah tak sayang kan saya..lebih2 lagi kalau orang tu adalah orang yang betul2 saya sayang..mungkin ALLAH tak nak menyiksa orang lain dengan cara saya kan?kalau nanti kawin saya selalu menangis takpe...lepas kawin senang nak pujuk sebab dah jadi isteri kan....time bercinta susah nak pujuk...lame2 orang tu jadi stress lepas tu lari duduk kat thailand tak nak balik malaysia sebab saya ada..kesian saya..saya bukannya orang jahat..cuma saya suka nangis aje..

Cita2 saya..saya nak jadi bunga mawar..lepas tu mawar tu ade duri..semua orang akan jauh dari saya dan hanya tengok dari jarak yang jauh..lepas tu saya harap akan ade cuma seorang je yang berani datang pada mawar yang ade duri tuh...saya nak jadi macam tu...boleh tak?moga ALLAH kabulkan doa saya..amin..."

Pengakhirnya aku mengaminkan doanya. Berkali-kali aku baca tulisan ni, hehehe saja. sebab tak ada kerjakan. Aku pun nak jadi bunga mawarlah...^^v

* kata amatur : Bukan mood nak berjiwang, biarpun tiap2 hari ak memg seorang yg jiwang! kadang2 hati ni perit bila terkenang seseorng...^^v *

Isnin, 24 Oktober 2011

...::: Jerawat Oh Jerawat!:::...

Rasa sedih menghimpit diri!
Cemburu bila tgk muka kwn2 licin berkilat!
Huh!
Entah kenapa dan bagaimana muka aku teruk dihinggap jerawat!
Apa pun tak boleh!
Malu kadang-kadang jika ada yg menegur...
“eh, asal jerawat banyak...”
“Lorh, dulu tak ada jerawat sekarang....”
“Nih mesti menggatal sebab tu jerawat naik...”
Dush!
Tolonglah! Berhenti menegur jerawat2 ku.

Kali ini aku nak mendefinisikan APA ITU JERAWAT dan APA PUNCANYA:-
JERAWAT : bahasa Inggris: acne) adalah kondisi abnormal kulit akibat gangguan berlebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan penyumbatan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit. Bahagian  yang mudah terkena jerawat ialah di muka, dada, punggung dan tubuh bagian atas lengan. Antara PUNCA-PUNCANYA ialah:

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

Dan,
Aku tak tahu dan tak pasti apa punca muka aku makin teruk.
Salah makan? Berpantang bukan main!
Salah produk? Tak munasabah! Dah berpuluh bulan pakai ok je sebelum ni!
Tapi,
Tak apalah...
Redha je...
*Kata amatur : teringin nk balik ke zaman kanak-kanak dulu...hahahahahaha*

gambar-gambar dibawah, gambar aku masa kanak2...suci, tulus, murni dan bersih lagi masa ni...hehe ^^v


Tersangatlah poyo....^^v

Ahad, 23 Oktober 2011

<<< Tentang Aku dan Tulisanku >>>

Aku nak bersajak, JANGAN!
Bahasa melayuku belum2 baku...
Sebutan dan intonasi ke laut, mungkin?
Aku nak menulis puisi,tulislah!
Tulis banyak2 dan peramkan puisi tu..
Boleh dikatakan dalam sehari
Pasti tercipta bait2 kata yg barangkali indah dan puitis
Di mataku,
Jika diamati oleh orang perorangan yang pro dalam bidang penulisan
Mereka akan menganggap...”alah, biasa saja puisi awk ni..”
Tapi,
Bagi aku akan tetap berbangga dengan setiap tulisanku..
Aku tetap menulis dan menulis, kreatif??? Mungkin... biarpun major aku lebih kepada penulisan layar
Penulisan kreatif seperti cerpen, puisi dan lain2 aku tetap mencuba utk menulisnya.
Andai dikritik?ditemplek?
Persetan!
Mana aku nak kisah, akukan budak baru belajar, budak mentah yg baru nak masak dalam bidang ini.
Siapa peduli...dan jika mereka peduli?
Tiada salah mereka menghulurkan dan memberi ilmu yg terperap dalam dadanya itu
Tuk dikongsi bersama2x.
Dan,
Jangan sesekali menghukum budak baru belajar!
Mengkritik tak salah tapi biar berpada dan kena caranya.
Kesimpulannya, aku senang, suka dan bangga menuntut ilmu penulisan di ASWARA.
Rasa bertuah!
Tngklah tenaga2 pengajarnya, Dr Anwar Ridhwan, Encik Zakaria Arifin , Encik Ridhuan Harun, Encik Azman, Encik Hji Abdul Rahim, Pn Susilawati, Cik Wardah Munirah, Encik Siso, En Kamn Ismail, En Al Jafree, En Jefri Talib dll. Nama2 yang besar tu dan ilmu yang mereka curahkan tu amat2 bernilai bagi aku malah sedikit sebanyk membantu aku tuk maju dalam bdg ni.
Terima Kasih tak terhingga pada mereka!

*Kata Amatur : waktu muda hanyalah SEKALI SAHAJA! Waktu inilah aku kena kaut semua ilmu dan timba pengalaman! Main2??barangkali tidak! *

manalah tahu, suatu hari nanti aku menjadi seperti tokoh sastera di sebelah aku...ececececeh! Berangan lebihlah pulak! ^^v

Sabtu, 22 Oktober 2011

..::: cEriTaRa BlOg KesAyanGanKU:::...

Kali kedua aku mengubahsuai blogku mengikut perkembangn usiaku,
Berjam-jam sampai nak tersembul mata keluar gara-gara blog ni...
Dan hasilnya,  aku.....
Mengucap panjang tiap kali hadap blog ak ni...
Hahahaha!
Hurmm...apa pun tk boleh..
“Gemalai Bicara Menari Tika Malam Berlabuh”
Fuh!! Memang kau bajet hebatlah nama blog kau ni?
Isi entah apa-apa. Bicara?haha..bahasa pun kontang-kanting!
Tk ada gemalainya setiap butir kata yg kau lontarkan, haprak!
Mungkin selepas ini tiap masa aku ketagih nak update blog aku,
memandangkan KOSONG!
Bukan blog yg kosong tetapi empunya blog ini yang kosong...huhu

*Kata amatur : cuba utk tidak menjadi PELACUR bahasa!*

Jumaat, 21 Oktober 2011

..::Jika itu dan biarkan begini..:::


Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah aku sibuk mencari iman
Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah aku sibuk mencari keredhaan
Jika mereka menangis kerana kecewa, biarlah aku menangisi mengenang dosa-dosa semalam
Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah aku cintakan Tuhan
                   Jika mereka dambakan dunia, biarlah aku dambakan akhirat...^^v