Sabtu, 28 April 2012

Bila bosan berteriak kenangan lama memancut!

Huh!
keluh kesah terluah!
entah apa yang tak kena,
entah apa kejadahnya
malam yang damai
tetapi diluar sana nuh
ribut dek penangan "Bersih 3.0"
aku disini memberontak,
meraung, meratap
penuh kebosanan terperuk dalam sebuah bilik.
bilik ramai penghuni, tetapi
sunyi tanpa tingkah tanpa suara.
semua kepenatan, setengah menghadap diri sendiri.
aku sendiri,
melayan resah,
merenung kebosanan membaluti jasad
yang inginkan dihibur...
bila kosong menyelit,
minda mula berputar mengingati
kenagan-kenangan lama.
sewaktu berada dirumah sewa.
sejujurnya sepanjang 4 bulan menginap di hstel
ini pertama kali aku merasa begitu bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dan, begitu mengingati rumah 'kami'...
rindunya masakan kak yah,
nasi goreng, jemput2, maggi kak u...
ketawa mimi, kebisingan intan
kekecohan kami di tengah malam....
Hurmmm.....
itu yang mampu terluah.
mengingat boleh tapi untuk kembali seperti dulu,
mungkin sukar.
wahai sahabatku,
saya rindukan kamu semua, rindukan rumah kita.
rindu rasa kepenatan berjalan kaki menuju ke LRT masjid jamek,
makan malam bersama-sama, tidur bersama-sama dan bergurau senda....



*kata amatur : saya sayangkan kalian semua...;)*

Isnin, 23 April 2012

..:::Mak Yung Eden Tajeli, Sebuah Kenagan Terindah!

"exam" pertama dah lepas!Gembira tak terkata!dan, Syukur ke hadrat Ilahi kerana pementasan Mak Yung Eden Tajeli berjalan dengan lancarnya. sambutan yang diterima amat menggalakkan. terharunya, kumpulan saya yang selama ini dianggap agak "bermasalah", mampu memberikan persembahan terbaik di malam show! Alhamdullilah!

Apa peranan saya sepanjang berlangsungnya produksi Eden Tajeli ini?
perananku tak adalah seberat mana, pada mulanya saya dititahkan menjadi ASM kepada Mirmie Ziebang yang merangkap menjadi SM utk kumpulan Penulisan Kreatif, Seni Halus dan Filem& Video bersama seorang lagi sahabat kami iaitu Radzmi Rico. Tetapi, dekat penghujung show saya diberi lagi satu peranan iaitu memegang watak Mak Inang yang kepoh dan gedik! Tak tergambar perasaan ini, mula-mula suka, lama-lama menderita!
Gedik? Berlakon? mampukah saya buat, sedangkan saya seorang yang pemalu...hehehe ^^v!

Namun, dengan berkat sokongan dan kata-kata semangat dri para sahabat, saya cuba menjadi gedik sebaik mungkin. masa latihan, kena marah, wajarlah! lepas latihan, menangislah beb!hahaha, tak lawak pun...

Apa-apa pun ak seronok sepanjang dalam kelas mak yung! dapat rakan sekelas yang supportive! Mesti saya akan rindukan kenagan ini pada suatu hari nanti. Rindukan suara Mama As yang suka marah-marah. Kak Ara, Kak Yan, dll..

Jom, tengok gambar sekitar show... 

Mengadap Rebab, Rainee selaku Pak Yong 


Tuan Puteri mandi bersiram bersama inang-inang

Nenek Spek Bentala Naga

Raja Sulong, Peran Tua, Peran Muda dan rakyat-rakyat jelata

Penutup Show....


sesi upacara bersiram...ngee~~~
Inang yang baik....;P

Sekali lagi mengadap rebab, cuba cari mana saya???
Masa show, memang rasa nervous sangat! sampaikan step menari ada terlanggar..hahaha
Sambung tengok gambar selepas show, sesi bertemu peminat!hahahaha, kelas kau jah! ^^v 

Terima Kasih Kak Jas sudi hadir bersama adiknya dan anaknya yg cute...terima kasih juga bunga berserta mug yg comel/!

Saya bersama peran muda, Abang Aus ^^v

Bersama SM terkenal, Mimi Zakaria dan Pemain Gendang Wanita, Kak U...HEHEHE...

Kak Yana, guru lakon. tak lupa juga Kak Lang...huhuhu

Kawan-kawan sekelas

Peace!No War...

oghe kapong asal kedoh tapi menetap di kelate...huhuh


Satu pasukan, tapi tk cukup lengkap....

Kejap! tengok gambar sebelum show pula...ngeee~~~

bersama Kak Sya...

yg tengah, penontn setia 3 malam berturut2


Barisan Inang, Tuan Puteri tak sempat bergambr...;p


Sahabat...

Kawan....
Fuh!Habis show, rasa lega seleganyaa...!Terima Ksih pada semua, rakan-rakan dan tenaga pengajar!








*SUMBER GAMBAR DIPEROLEHI DARIPADA RAKAN-RAKAN, TERIMA KASIH DAN IZINKAN SAYA MENGAMBILNYA....^^V*

Ahad, 1 April 2012

..::Menghitung Hari...::

1/04/2012!!!
Bersamaan dgn entry kali ini, maka mulalah aku tersedar,
vaiva peTA makin hampir dan yg paling hampir penyerahan projek peTA tu!
Adoiii....
skrip telemovie sebanyak 90 babak ke atas,
Alhamdullilah,
buat masa sekarg berjaln dgn lancar!
First draft da siap,
tunggu utk semakan oleh penyelia saja.
tapi, main2 lagi banyak daripda duk tekun, gigih, peka
dgn segala macam assgmnt.
kdang-kadang duk layan sangt perasaan malas tu!
Apa nak jadilah...
Rileksssss dulu!!! ^^v


*KATA AMATUR: 6O HARI LAGI NAK MENGHADAP PETA CIK ADIK WEH!!!
INGAT JANGAN MAIN-MAIN!*

Sabtu, 31 Mac 2012

..:CuKUp-CuKUP!...::




Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216)








kata Amatur : cinta???tidak....!!

Isnin, 12 Mac 2012

...::Sedih Mengunjung!..::

Sedih tambah perasa malu
alangkah ruginya hidup kalau tak pandai berkomunikasi.
Jujurnya aky tak berapa pandai bercakap,
apatah lagi, nak membodek?
rasa malu ni lagi menebal,
kalau nak bercakap dengan orang kebanyakkan lagilah!
hancurlah badan kalau nak kena berdepan dengan situasi macam nih.
keyakinan diri pun laju-laju melarikan diri...
jenuh aku nak membina keyakinan diri untuk berani bercakap
beramah mesra, perasaan malu mesti menjengah menebal
otak mseti fikir bukan-bukan.
takut juga aku, kalau-kalau dilemparkan dengan kata-kata tak sewenangnya!
Ya Allah, macamanalah aku nak menghilangkan rasa malu, nak mempunyai keyakinan yang tinggi..
dan pandai berkomunikasi dengan sesiapa pun.
biarlah selepas ini, aku tidaklah dilabel sombong ke apa ke...



*KATA AMATUR: lebih suka mendiamkan diri bila berada dalam kelompok ramai sebab tidak tahu berkomunikasi...;( *

Khamis, 9 Februari 2012

..::Tahukah Kamu,Wahai Izzati..::

Tahukah,
Waktu makin menujah kejam
berputar terus berputar,
detik berlalu menitik pedih
menghabur peringatan agar tidak terleka,
masa menjerut leher
jika ia terbuang kesal menabik,
minit memutar angin menepuk pipi
tuk menyedarkan aku jika cuba terlentuk lena,
saat berpeluk erat,beriringan bersama
berdering menyampai amaran jika
aku terbuai!
Kini...
waktu,detik,masa,minit,saat
adalah sahabatku!

*kata amatur:Gigih untuk PeTA 2012 dan tugas utk ASM.*

Sabtu, 14 Januari 2012

..::Dunia Baru...:::

2012,
Tahun penamat bagiku utk menamatkan pengajian peringkt diplomaku.
hampir genap tiga tahun,
terasa masa berlalu dengan cepat.
apa-apapun Alhamdullilah dan syukur tak terhingga
kerana aku masih diberi peluang dan kekuatan utk tetap
bernafas dimuka bumi ini dengan izinNya...
dan,
utk tahun-tahun terakhir ini,
aku tidak lagi menetap di rumah sewa.
asrama menjadi pilihanku.
sejujurnya ak terasa jakun dan kekok...
rasa duduk dalam satu dunia yg betul ganjil,
mungkin tiadanya org2 terdekat denganku.
rasa lecahnya bila mereka-mereka berkenaan jauh dripada aku.
tetapi, aku kena biasakan diriku...
tak boleh terikut-ikut sangt
lagipun suatu hari nanti kami pun akan tetap terpisah.
mgkin utk ijazah aku sambg di tempat lain.
tempat sekarag ni...umm..entahlah!


kata amatur: kalau malam-malam begitu pasti rumah sewaku kecoh dan bising mengalahkan pasar malam!!Ya Allah....rindunyaaaa.......................!!!!