Ahad, 1 April 2012

..::Menghitung Hari...::

1/04/2012!!!
Bersamaan dgn entry kali ini, maka mulalah aku tersedar,
vaiva peTA makin hampir dan yg paling hampir penyerahan projek peTA tu!
Adoiii....
skrip telemovie sebanyak 90 babak ke atas,
Alhamdullilah,
buat masa sekarg berjaln dgn lancar!
First draft da siap,
tunggu utk semakan oleh penyelia saja.
tapi, main2 lagi banyak daripda duk tekun, gigih, peka
dgn segala macam assgmnt.
kdang-kadang duk layan sangt perasaan malas tu!
Apa nak jadilah...
Rileksssss dulu!!! ^^v


*KATA AMATUR: 6O HARI LAGI NAK MENGHADAP PETA CIK ADIK WEH!!!
INGAT JANGAN MAIN-MAIN!*

Sabtu, 31 Mac 2012

..:CuKUp-CuKUP!...::




Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216)








kata Amatur : cinta???tidak....!!

Isnin, 12 Mac 2012

...::Sedih Mengunjung!..::

Sedih tambah perasa malu
alangkah ruginya hidup kalau tak pandai berkomunikasi.
Jujurnya aky tak berapa pandai bercakap,
apatah lagi, nak membodek?
rasa malu ni lagi menebal,
kalau nak bercakap dengan orang kebanyakkan lagilah!
hancurlah badan kalau nak kena berdepan dengan situasi macam nih.
keyakinan diri pun laju-laju melarikan diri...
jenuh aku nak membina keyakinan diri untuk berani bercakap
beramah mesra, perasaan malu mesti menjengah menebal
otak mseti fikir bukan-bukan.
takut juga aku, kalau-kalau dilemparkan dengan kata-kata tak sewenangnya!
Ya Allah, macamanalah aku nak menghilangkan rasa malu, nak mempunyai keyakinan yang tinggi..
dan pandai berkomunikasi dengan sesiapa pun.
biarlah selepas ini, aku tidaklah dilabel sombong ke apa ke...



*KATA AMATUR: lebih suka mendiamkan diri bila berada dalam kelompok ramai sebab tidak tahu berkomunikasi...;( *

Khamis, 9 Februari 2012

..::Tahukah Kamu,Wahai Izzati..::

Tahukah,
Waktu makin menujah kejam
berputar terus berputar,
detik berlalu menitik pedih
menghabur peringatan agar tidak terleka,
masa menjerut leher
jika ia terbuang kesal menabik,
minit memutar angin menepuk pipi
tuk menyedarkan aku jika cuba terlentuk lena,
saat berpeluk erat,beriringan bersama
berdering menyampai amaran jika
aku terbuai!
Kini...
waktu,detik,masa,minit,saat
adalah sahabatku!

*kata amatur:Gigih untuk PeTA 2012 dan tugas utk ASM.*

Sabtu, 14 Januari 2012

..::Dunia Baru...:::

2012,
Tahun penamat bagiku utk menamatkan pengajian peringkt diplomaku.
hampir genap tiga tahun,
terasa masa berlalu dengan cepat.
apa-apapun Alhamdullilah dan syukur tak terhingga
kerana aku masih diberi peluang dan kekuatan utk tetap
bernafas dimuka bumi ini dengan izinNya...
dan,
utk tahun-tahun terakhir ini,
aku tidak lagi menetap di rumah sewa.
asrama menjadi pilihanku.
sejujurnya ak terasa jakun dan kekok...
rasa duduk dalam satu dunia yg betul ganjil,
mungkin tiadanya org2 terdekat denganku.
rasa lecahnya bila mereka-mereka berkenaan jauh dripada aku.
tetapi, aku kena biasakan diriku...
tak boleh terikut-ikut sangt
lagipun suatu hari nanti kami pun akan tetap terpisah.
mgkin utk ijazah aku sambg di tempat lain.
tempat sekarag ni...umm..entahlah!


kata amatur: kalau malam-malam begitu pasti rumah sewaku kecoh dan bising mengalahkan pasar malam!!Ya Allah....rindunyaaaa.......................!!!!

Rabu, 7 Disember 2011

..::AsTAna Itu MeMOri TIada TERkonGSI..::

Sedih menyusung hiba,
gembira kian menyusut nilainya,
hati mulai gundah
tatkala,
suatu permasalah tenggelam timbul
melonjak mengelodak,
mengelegak mendidih panas
bertahan dan mencuba
mencari sebuah solusi
yang pasti tiada tercalar
dek luka,
tiada tergenggam erat pertelingkahan
hanya redha dan pasrah
menyulami tiap yang terjalin
penyelesaiannya.
jujurnya!!!
jika ak mengetahui apa yang bakal berlaku
d masa-masa mendatang
sedaya upaya aku membikin hipotesis dan mencari solusi
bernas dan tepat
supaya barah tidak menjadi parah,
bengkak tidak bernanah!
aduhaiiii...
sulit melakarkan lukisan hati ini!
dan, betapa mendalamnya
perasaan tulus ini terhadap kamu
dan terhadap "astana" kita!
dan juga...cip2 memori antara kita
kian terkubur sesekali ditiup angin malam
lalu seakan memancarkan kembali
tiap gelak, hiba, guraun dan segala macam.

                                                        Lagu Kita....Lagu Kami.....

*kata Amatur : rumah itu adalah rumah kita! saya tak mahu ia dihuni oleh orang lain dan membiarkan kenangan kita bertaburan begitu saya. saya tak sanggup menghadap tiap bayang memori kita berlegar dan pada waktu sama ia telah berganti penghuninya...*

Ahad, 4 Disember 2011

...::: Ia tidak LAgi mENGhaNTuikU!..:::

Alhamdullilah...
bersyukur sangat-sangat.
dan berharap keadaan ini
tetap kekal seperti sekarang
dan, seperti sediakalanya.
Ia tidak lagi menghantuiku!
mengganggu hidupku sampai
trauma...fobia...
dan segala macam..
hehe...
apakah itu??
cuba teka???
hahaha...
jerawatlah!!!
sejak aku mencuba satu produk ini,
muka ak kira "ok" lah sikit...
dan aku mampu tersenyum ke telinga!
kalau sebelum ni, rasa macm-macamlah
kalau setiap kali menatap cermin!
sekarang, Alhamdulillah...^^v
terima kasih ya Garnier Pure Active, tak lupa juga
trima kasih padaNYA kerana memberkatiku...amin4x....^^v :::....

ini dia...cuci-cuci mukaku
*Kata Amatur : Bermacam ubat dah makan...ubat biji, kapsul, air, masih tetap sama! harap produk ini memberikan kesan yg terbaik!!!! wink3x....:::