Sabtu, 19 November 2011

...:::Buaya Darat....:::

Jalan  berselisih  tak payah
Nak bertegur sapa,
Berpura kenal sudah seperti
Bertahun-tahun,
Dalam hati
Hitam mengcengkam.
Riang terkaku berdiri
Hiba beramai-ramai
Ironinya jalinan kehidupanmu
Sang buaya darat,
Ramah berkata
Manis berbahasa
Gaya dan caramu
Memikat hati si perawan
Jejak ke jejak
Kau hinggapi
Puas mengambang
Cari yang lain,
Tilik menilik
Bila dah jemu
Campaklah ke tepi.

mampu...?????


*Kata Amatur : Jika tgok entry terdahulu, ada mengisahkan pasal perempuan. malam ni, pasal lelaki pula. barulah sama adil...^^v *

..::Sakit Menimpa....::

Aduh!
kenapalah boleh sakit tengah malam ni.!
biasanya waktu begini 
idea tengah mencurah
waktu beginilah
sesuai nak berpuitis bagai
nak melunaskan assgment tertunggak!
ADUH!!!!
Sabar sajalah...;(



*Kata Amatur : Asal sakit saja mesti aku fikir mati dan rasa lebih baik mati dripada sakit. Astaga...jahatkan fikiran aku...;( *

Jumaat, 18 November 2011

...:::Cinta Materialisitik..:::


Si ayu manis berbaju kurung
Bertudung litup bersanggul tinggi
Kesopanannya terserlah memikat
Hati si jejak resah terpaut

Cinta marak dari hari ke hari
Salam berteman terukir tiba
Si ayu bertindak mau tiada terkata
Si jejaka teruja melayang ke awangan

Awal perkenalan indah terasa
Lama menyua kelam meratap
Api cinta marak kerana angin
Relailah si jejak dalam mainan cinta

Cinta si ayu cinta materialistik
Tiada berharta tiada rupa
Usah kau menagih kasih
Sekadarlah berteman bermadah duka

Tinggalah jejaka rentung terkulai
Dek maraknya cinta jalanan
Tiada guna meratapi
Bangkitlah semula mencari cinta suci

Percayalah cinta suci lahir dari hati bersih
Yang baik akan dapat yang baik
Dan begitulah sebaliknya...

*Kata Amatur : tak pasti, adakah ini puisi atau sebagainya...^^v ::...

...::Hari Ini Hari Aku..::

Terbaik!
Tidur tak ingat dunia
Pukul dua PETANG
Baru bangun.
Hehe...apa punya anak dara.
Bukan apa semalam letih sangat
Tak tahu kenapa.
Lepas tu jiwa tak berapa ok,
Penat pula memanjang saja
Menimpa diri ni.
Rasa stress sangat sampaikan
Otak penat nak berfikir.
Hati sayu-sayu melambai
Rohani hitam menggelap
Hariku yang sememangnya suram.
Dan,
Bila semalam tu
Dan sememangnya hari tu tak ada kelas
Apa lagi...
Masa terluang baik diisi dengan tidur
Enak dibaluti selimut balduku...hehe
Jadi,
Tak siapa berhak
Menghalang ak tuk tdur memanjang!
*Kata Amatur : Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. *

Khamis, 17 November 2011

..:::Pungguk Salah Rindu..::

Mutiara menghujani  jasad retak
Panas membakar
Keluh kesah sanubari
Si perindu
Rindu pada siapakah?
Hati kecil sering
 Menafikan!
Ia benar balik khilaf
Sanubari perindu
Tersalah merindukan
Tak ubah seperti pungguk rindukan bulan.


*kata amatur : mungkinkah aku si Pungguk itu???kuwang...kuwang...:) *

..:::Hari Penat Sedunia...:::

Entah kenapa hari ni
Tak berapa baik.
Penat sngt!
Bila dah penat
Mulalah gila!
Bila dah gila,
Apapun tak boleh nak buat.
Bukan apa,
Penat aku sebb penat otak.
Pernah rasa tak?
Penat otak.
Apa satu tak boleh nak fikir!
Bila dah penat tu,
Mood nak marah..
Hilang selera makan
Dan tak boleh blah
Nak menangis pun ada.
Hahaha...
Sebab tu ak diamkan diri sekejap.
Tahan daripada nk menangis..hahaha


*kata amatur: kadang-kadang teringin nak jadi budak kecil balik...^^v *

Rabu, 16 November 2011

..::GayA hIDup SeORAng BakAL PenULIS...::

Hajatnya
Nak buat assgmnt
Tapi,
Fikirn ni
Kosong
Putih
Kelam
Kelabu
Dan segala macam!
Ya Allah!
Mengapa cuai,
Leka sangat hambamu ni...
Astagfirullah!
Masih!Masih!
Dan masih tak bergerak!
Menjlnkn tanggngjwbnya sbgi pelajar!
Pesan temanku merangkap kembarku,
“jangan paksa sngt kalu tak ada idea”
Baiklah!
Ku turuti dan mengiyakan katanya.
Sush nk buat kerja kalau tak ada jiwa masa tu,
Dan,
Bila jiwa nak buat saja kerja-kerja tu
Pasti!
Memeranjatkan!
Berjam menghadap laptop tak apa...
Bila idea mencurah-curah
Sampai ke pagi...
Lapar???
Nak kencing?terberak?
Sanggup ditangguhkan.
Gila kan hidup macam ni...
Atau...
Ini sememangnya gaya hidup seorang penulis???
Oppsssssss!!!!  *_*
Bakal penulis....
Amin2x!!!!
*Kata Amatur : Suka membaca buku, membeli buku!Gila perfume,gila baju cantik-cantik dan gila penyakitnya!hahaha*
ditempat kerjaku??haha!tmpt kerjakah?