Selasa, 15 November 2011

...::KembaraKu..::

Dalam kembara ini
Akulah penggembara
Mencari makna
Kagum pada keindahan
Nyanyian ombak
Burung-burungdan gemersik angin


...:::KepercayaaN:::...

Sejak hari itu,
tertanam sikap kurang percaya,
Tapi!!
bukan pada diri sendiri,
pada orang sekelilingi!
sekelilingi aku,berdekatan aku, berjauhan aku
mahupun
sekitarku!
haha
Walaupun mereka berbuat baik
sebesar gajah, sekecil zarah pun
takkan terbit rasa percaya dalam diri aku
utk mempercayai setiap apa diperkatakan,
diperjanjikan dan diluahkan!
Aku mungkin pendengar yg setia,
mempercayainya TIDAK!
maafkan aku!
jika ada yang merasa jengkel dengan
nukilan jiwa psiko aku nih!
izinkanlah aku tuk hidup dalam dunia aku
iaitu, "tidak MEMPERCAYAI" org sekitarku kecuali keluargaku...
dan,beberapa sahabat, orang perorangan yg terdekat denganku
bukan tak nak percaya,
percaya tu boleh...tapi bukan aku tak
percaya...
cuma,kepercayaan tu separuh ataupun setengah paruh
ataupun tidak percaya langsng!
apa-apapun kita manusia pandai menilai,
tk menilai dengn mata kasar,
mata halus pun boleh lagi kan?
kalaulah seseorng itu baru kita kenal,
jngnlah cepat sangat nk percaya 
bagai nak rak!

sekian Wassalam....
*Kata Amatur : pengalaman dan kenangan pahit mengajar erti hidup kpd seseorg insan yg bertapak dimuka bumi ini....^^v*

Isnin, 14 November 2011

...:::Kata TemanKu...:::

Malam ni berbicara tentg
kata temanku,
katanya...
cinta ini ada fasa-fasa yang tertentu
mula-mula mengorat,
bila tak dapat
dikejar sampai dapat
dan,
bila dah dapat
hubungan pun dah nak makin serius
mulalah berlaku hakisan bumi...
kononnya,
bila dah terhakis
mulalah masing-masing berantakan
lepas tu minta putus
bergaduh sakan,
segala pemberian dipulang balik,
bila keadaan reda,
sambung balik,
dan,
bila sambung balik
perkara sebelumnya 
tetap berulang....
Oh, begitukah?
getus hati kecilku.....

* Kata Amatur : Kesimpulannya, sesebuah hubungan itu hanyalah perkara sia-sia! dan, membuang masa! *

Ahad, 13 November 2011

..:::satu tekad satu semangat satu hasrat...::

Saya bukan orang senang...
Saya bukan orang yang cantik...
Saya insan biasa...
tiada apa-apa keistimewaan...
tiada dikagumi...
tiada dihormati 
malah tiada dikenali.....
sebab itu...
dan kerana itu,
saya bertekad untuk menjadi orang yang berjaya!
moga saya dihormati dan dikagumi
suatu hari nanti....
Insya- Allah....
sebab itu 
dan kerana itu
saya berusaha menjadi yang terbaik...
mencorak diri saya menjadi manusia yang berguna
bukannya mayat hidup!
sebab itu 
dan kerana itu
saya lebih suka menyendiri...
tpi...
tak semestinya tidak bergaul sakat
sebab itu 
dan kerana itu
saya sering berhati-hati dlam membuat keputusan
sebab itu 
dan kerana itu
saya SUKAR tuk mempercayai manusia...
sebab itu 
dan kerana itu
saya lebih senang menjadi diri saya sendiri
tanpa perlu hiporkrit...

*Kata Amatur : Jadilah seperti seekor burung merpati yang putih dan bebas untuk ke mana saja....*

Sabtu, 12 November 2011

..:::Terimbau Kenangan Lampau..::

sering kali
aku ego utk mengingati masa lampau
tapi!
tak bermakna aku mahu mengulangi.
Sekadar menjengah ruang minda
untk mengingati sesuatu yg pernh dialami...
pahit atau manis
belakang cerita
apa yg penting,
iktibar dan pengajran dri setiap apa yg pernh kita alami....

*kata amatur : aku kuat kerana aku pernah jatuh! aku bijak kerana aku pernh diperbodohkan! ^^v

Jumaat, 4 November 2011

...::: Hati Bentuk Cinta :::...

Berlegar burung di awan yang tinggi
Pulang ke sangkar
Berlegar rindu di lautan kasih
Pulang ke pangku
Pangku mana satu
Tentulah tempatnya asalmu
Mengenal kasihku


Hati bentuk cinta
Aku menunggumu
Hati bentuk cinta
Hanya untukmu
Kau pernah tinggal sini
Kau pernah buat janji
Kerana itulah ku menanti


Berlegar kata di bibir yang manis
Pulang ke budi
Berlegar tangis di gelanggang hiba
Pulang ke pangku
Pangku mana satu
Tentulah tempatnya sisiku
Kau kenal dirimu..


Hati bentuk cinta
Ku menunggu mu
Hati bentuk cinta
Hanya untukmu
Hati bentuk cinta
Ku kekasihmu
Hati bentuk cinta
Kau ku rindu....


* Kata amatur : sesuai sangt lagu ini dituju kepada mat2 buaya darat yang suka menanam tebu di bibir mulutnya tu! oppsss! teremo pula...^^v * 

Selasa, 1 November 2011

...:: aPA-aPA pUN tAK BolEH :::...

Sudah lama tak bermesra dengan blog aku ni,
bukan apa
tersangat sibuk.
entah!
sibukkan apa aku pun tak tahu!
huhuhu...
sibuk meroyan dan melayan jiwa yang karat!
dalam kepala, macam-macam nak tulis!
macam-macam nak karangkan!
tapi bila mengadap laptop...
terus layu seperti bunga yg tk sempat nk berkembang!
sabarlah blog!
kalau ak tk melawat kau,
merawat kau,
bermanja dengan kau!
kau jangan sedih-sedih...
tuanmu ini termat sibuk,
biasalah artis nak baru meningkat!
hahaha...
ok, sekian terima kasih ^^v


*Kata Amatur : ingin ku coretkan mengenai rasa hatiku pada seseorg..suatu hari nantilah! sebagai tanda pengabadianya dirinya dlm hidupku...trma kasih..^^v *