Ahad, 17 April 2011

bercerita mengenai INTERTEKSTUALITI :::

Intertekstualiti merupakan satu konsep yang menyatakan ketiadaan kebebasan sesebuah karya daripada karya lain yang terdahulu. Menurut Umar Junus, intertekstualiti ialah kehadiran sesuatu teks dalam teks yang lain. Ini berlaku kerana seorang pengarang telah membaca karya-karya lain sebelum dia menghasilkan karya sendiri. Intertekstualiti boleh dikatakan menganalisis sebuah karya berdasarkan aspek struktur sastera. Intertekstualiti juga dikatakan memasukkan pengaruh teks lain kedalam karya kita dan unsur-unsur luar seperti unsur budaya, agama dan lain-lain. Intertekstualiti juga memperakui, menghargai kehadiran dan kemasukan unsur tersebut samaada secara sedar atau sebaliknya.
penerapan kesan konsep ini dalam drama melayu akan mengubah sesebuah karya yang lama mengikut peredaran zaman. Konsep ini amat diperlukan dalam menghasilkan karya-karya terbaru kerana tanpa bahan sejarah, mitos dan lagenda di sekeliling nya barangkali pengarang akan kekeringan  idea. Sharom Hussain telah menggunakan teori intertekstualiti dalam karyanya dimana dia  membuat tafsiran baru terhadap fakta peristiwa sejarah. karya-kaya dimasukkan unsur-unsur  yang tersendiri dan subjek tema atau pemikiran yang khusus untuk disampaikan didalam teksnya.
            Konsep ini merujuk kepada pengarang yang menulis semula karya  pernah ditulis oleh orang lain tapi dengan menggunakan teknik dan cara pandangan sendiri  sebagai contohnya ialah cerita Hang Tuah dan cerita-cerita silam yang terdahulu telah di ubah mengikut pandangan pengarang tersebut sendiri dan apa yang mereka fahami tentang cerita itu. Gaya pemikiran mereka dan karya yang terhasil dari pandangan mereka itu akan dianggap sebagai karya baru. Walaupun karya yang mereka hasilkan itu tidak menyerupai karya asal tetapi karya mereka itu boleh dianggap sebagai salah satu cabang seni. Kebanyakan karya-karya terdahulu telah diubah menjadi karya penulis-penulis tanah air kita, sebagai contohnya karya Hang Tuah mempunyai pelbagai versi dan dan jalan ceritanya berlainan dari cerita-cerita yang asal seperti yang kita sedia ada tahu tentang cerita tersebut.
            Pengarang bebas untuk berkarya, dan mempamerkan hasil kerja mereka kepada khalayak dengan mengubah karya yang asal kepada sesuatu yang baru supaya khalayak tidak jemu untuk mengikuti perkembangan cerita tersebut. Selain itu aspek bahasa juga perlu di titikberatkan  supaya tidak merosakkan bahasa ibunda kita.

KATA AMATUR : aq tlah mengalih beberapa buah filem dijadikn dalam satu cerita, adakah ini intertekstualiti jugak?

1 ulasan:

  1. lebih kure peniruan kow gano? xdipanggil ciplak key?? ko gano? terangkan lagi utk difahami oleh khalayak.... tq..

    BalasPadam